Content feed Comments Feed

5 SEBAB MENJADIKAN BER"COUPLE" HARAM

Dicatat oleh Eusof Islam Bin Roslan Sabtu, 13 Februari 2010

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau
seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa
perkara / tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM.  Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram�. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir danmenyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang
digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Gelang Untuk Perubatan Haram

Dicatat oleh Eusof Islam Bin Roslan

Assalamualaikum,

Ada ramai yang bertanya kepada saya tentang gelang magnet untuk merawat penyakit seperti darah tinggi, sakit tulang dan sebagainya. Saya akan menjawab soalan itu pada artikel yang lain.

E-mail tulisan Ustaz Zainuddin Hashim ini diedarkan melalui hidayah.net. Ini merupakan pandangan berbeza daripada golongan yang mahir agama. Terpulang kepada anda untuk bersetuju ataupun tidak.

Apapun, pandangan Ustaz Zainuddin sangat menarik :).

Oleh Ustaz Zainuddin Hashim

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata, "Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2, pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.***

Wallalhua'lam.

Ustaz Zainuddin Hashim

Hadis sahih yang ditulis di atas seolah-olah menunjukkan bahawa gelang perubatan ini telah wujud di zaman Rasulullah SAW. Atau adakah sebenarnya "gelang perubatan" ini sebenarnya bermaksud "tangkal" untuk perubatan??

 *** sempat gak Ustaz Zainudin buat lawak.. ***

Biar nak masuk kereta dulu

Dicatat oleh Eusof Islam Bin Roslan Isnin, 8 Februari 2010

KUALA LUMPUR: Petang yang sepatutnya menjadi hari yang ceria bagi keluarga ini, berakhir tragedi

Dan kemalangan yang berlaku ini benar-benar meruntun hati sesiapa yang melihat dan berada di tempat kejadian.

Dengan sekelip mata, anak yang baru berusia 3 tahun setengah, maut di hadapan mata bapanya setelah digilis kereta yang dipandu ibu kanak-kanak malang terbabit.

Seorang ibu meraung sambil mendakap erat mayat anak perempuannya yang terbunuh apabila kereta dipandunya tiba-tiba mengundur sebelum menggilis kepala mangsa hingga pecah.Dalam kejadian ngeri di Jalan 25/70A, Sri Hartamas kira-kira jam 2 petang semalam, ibu warga Korea berusia 20-an terbabit dikatakan tertekan gear mengundur menyebabkan tayar belakang menggilis kepala anaknya yang kebetulan berada di belakang kereta itu.Sebelum itu, mangsa, Isabel Chong, 3, dan bapanya sudah turun awal dari kereta untuk makan di restoran berhampiran manakala ibunya masih dalam kereta.Mangsa berada di belakang kereta kerana mahu menunggu ibunya.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan Isabel yang memakai kemeja-T dan seluar pendek merah jambu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.Mayat mangsa terperosok di bawah kereta sambil ibunya menangis dan cuba menolak kereta berkenaan.

Wanita itu yang tidak dapat menahan kesal atas perbuatan yang disifatkannya sebagai kecuaian hingga membunuh anaknya sendiri menghantuk kepalanya berulang kali pada kereta.

Seorang saksi, Shahidah Hussin, 19, berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas di kedai menjual peralatan kamera tidak jauh dari tempat kejadian.Tiba-tiba saya terdengar bunyi objek meletup di luar kedai sebelum mendapati sebuah Proton Wira terbabas menaiki bahu jalan sebelum melanggar pokok.Orang ramai kemudian berpusu-pusu mengelilingi tempat kejadian dan melihat seorang wanita muda menangis berikutan terdapat sekujur tubuh kanak-kanak di bawah kereta terbabit berlumuran darah, katanya.

Menurutnya, wanita terbabit dipercayai ibu kanak-kanak itu menjerit sambil menghantuk kepalanya pada kereta.Orang ramai yang simpati berusaha mengangkat kereta itu sebelum mayat mangsa ditarik keluar.

Sebaik mayat kanak-kanak itu dikeluarkan, ibu mangsa segera memeluk mayat anaknya sambil meraung kesedihan tanpa menghiraukan orang ramai melihatnya, katanya.

Menurutnya, suami mangsa yang turut berada di situ jadi tidak keruan sebelum anggota polis tiba bagi mententeramkan keadaan.

Selepas dipujuk, ibu kanak-kanak malang itu yang menangis tidak henti berjaya ditenteramkan sebelum mayat diusung menaiki pacuan empat roda polis untuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), katanya.
Sementara itu, sumber polis berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku ketika wanita terbabit, Tan Lih Ying, 29, cuba memperbetulkan kedudukan keretanya sebelum dipercayai tersilap memasukkan gear.
Menurutnya, kereta terbabit mengundur tiba-tiba lalu menggilis kepala anaknya itu yang berdiri di belakang kereta berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, suami wanita terbabit baru saja keluar dari kereta bersama anaknya itu untuk ke restoran berhampiran. Bagaimanapun, kereta itu tiba-tiba mengundur sebelum tayar hadapan dan belakang kereta itu menggilis kepala mangsa.

Anggota perubatan Emergency Resource Management yang tiba beberapa minit kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum polis dihubungi bagi menjalankan siasatan, katanya.

Bapa kanak-kanak berkenaan, Eu Gene Chong, 27, enggan ditemuramah wartawan sebaik ditemui di perkarangan Bilik Mayat HKL.

Eu yang masih trauma bertindak menghalau wartawan yang cuba menghampiri sebelum pasangan berkenaan beredar dari hospital berkenaan jam 4.30 petang.
Difahamkan, polis sehingga kini belum mengambil keterangan daripada suri rumah berusia 29 tahun berikutan wanita terbabit masih trauma

Kesilapan wanita tentang Aurat

Dicatat oleh Eusof Islam Bin Roslan

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

 KESALAHAN KEDUA :
Bertudung tetapi berT-Shirt berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah menggoda.

KESALAHAN KELIMA :
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR. (an-Nur: 31)

KESALAHAN KESEMBILAN :
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH :
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit. (al-Ahzab: 32)
Pakailah tudung mengikut syariat sebenar

Sekian, semoga saya dan kita semua dapat beringat dan amalkan apa yang kita tahu

Aurat

Dicatat oleh Eusof Islam Bin Roslan

Assalamualaikum .
Buat sahabat saya yang dihormati semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah, saya sihat.

Bagi membuktikan kepatuhan kita pada Allah iaitulah pencipta sekalian makhluk ini, maka kita mesti tunduk atau patuh segala arahannya dan meninggalkan segala larangannya. Salah satu arahannya kepada kita adalah memelihara aurat! Bagi lelaki dan bagi wanita, Islam telah menerangkan aurat yang khusus untuk mereka.

Mengikut cakap awak(kamu), bahawa satu tika dahulu awak ini selalu buka tudung. Betul? Ok... Saya tidak marah awak. Cuma saya takut Allah marah awak. Begini wahai sahabat saya... di sana terdapat perbezaan di antara "bertudung" dan "menutup aurat". Islam menggalakkan /mewajibkan kita menutup aurat dan bukan bertudung. Kerana tidak semua orang yang bertudung itu menutup aurat atau ada yang bertudung tetapi auratnya masih tak sempurna dijaga. Awak kena faham perkara ini elok-elok(baik-baik)...

Yang penting menutup aurat. Biarlah bertudung pendek, bulat, jubah dan sebagainya asalkan semua itu menutup aurat. Bukan makna mereka (kaum wanita) yang berpakaian yang menutup muka itu melambangkan kuatnya Iman. Tak! Itu salah. Yang membezakan di antara seseorang insan dengan insan yang lain adalah kekuatan "taqwa" sahaja. Cuma pandangan di dunia ini sahaja yang mengatakan bahwa 'mereka berpakaian yang menutup muka'  itu melambangkan mereka golongan yang alim atau warak. Tapi, tak mustahil kan jika kita berjumpa mereka yang berpakaian yang menutup muka ada yang alim dan warak. Sunnah kehidupan.....

Oh ya! Awak sebagai wanita yang mengaku beragama Islam mesti kena jaga aurat awak. Peliharalah "menutup aurat" atau bertudung yang menutup aurat dengan sesempurna yang mampu dan boleh. Biarlah pada peringkat awal  kita mendalami Islam ini, kita merasakan ianya seolah-olah satu penyeksaan tetapi lambat laun nanti akan datang juga kepada awak kemanisan Iman ini... Insya Allah, awak akan menjadi Sri Kandi Islam yang agung kelak! Percayalah...  

Jangan sesekali membuka "aurat" pada tempat atau pada orang yang memang tak layak atau "haram" untuk melihat aurat awak itu. Nak(mahu) menunjuk rambut yang lawa atau cantik pada orang? Itu satu jawapan yang meleset untuk jangka masa yang panjang. Di dunia rambut kita menjadi pujian manusia. Tetapi di akhirat esok, wanita yang tak menutup auratnya maka akan  menerima pembalasan yang setimpal. Dibakar rambutnya! Begitu azab sekali seksaan Allah.

Allah tak zalim tetapi kita yang melakukan kezaliman kepada Allah. Awak faham kan... Bila buka tudung/dedah aurat sebenarnya kita ingin menunjukkan rupa paras yang cantik atau 'cun gila' kata orang? Subhanallah... adakah ini jawapan yang baik untuk seseorang Wanita Muslimah? Wanita berhias, bercantik, bersolek tak dimarahi oleh Islam.. tapi perlu sesuai dengan tempat dan masa. 

Bersolek untuk menunjuk-nunjuk pada orang yang mahram (boleh dikahwini)tak elok. Bercantik-cantik untuk tunjuk pada orang yang mahram?(boleh dikahwini) tak elok. Contoh tempat yang dibolehkan ialah berhias/bersolek /bercantik untuk seseorang ialah kepada  suami tercinta di rumah... Itu satu contoh yang mudah.

Untuk menghapuskan dosa awak yang telah lalu ialah dengan cara Bertaubat. Saya telah menerangkan sedikit sebanyak tentang bertaubat dalam emel lepas. Jika, benar-benar awak bertaubat dengan taubat "nasuha" iaitu taubat yang suci murni tulus ikhlas pada Allah, Insya Allah tanda-tanda keikhlasan taubat awak itu akan kelihatan selepas itu. Awak akan berasa takut untuk membuat dosa. Awak akan rasa sensitif sekali untuk mengulangi dosa yang lalu. Awak tentu akan rasa selesa sekali  pabila yakin yang dosa awak akan diampunkan Allah kan? Oleh itu bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat kepada Nya.

Lelaki dan perempuan masing-masing menjadi ujian buat sesama jantina atau berlawanan jantina. Awak menjadi salah satu ujian Allah buat saya dan saya menjadi salah satu ujian Allah buat awak. Yang penting ujian ini perlu ditelusuri/dilalui dengan sebaik-baiknya.

Saya juga berharap "persahabatan" ini akan berlansung dalam suasana yang sederhana dan tidak ada yang berlebih-lebihan dalam persahabatan ini. Islam menggalakkan kita agar besederhana. Awak mesti ingat, bahwa kekasih sejati yang sesekali tak menipu dan tak ambil kesempatan di atas kelemahan kekasihnya adalah Allah.

Bercintalah dengan Allah seperti Rabiatul Adawiyah. Sebelum menjadi salah seorang hamba Allah yang warak dan alim, beliau(Rabiatul Adawiyah) merupakan penari gelek. Semua orang tahu kisah hidupnya. Tetapi, siapa sangka selepas itu beliau bertaubat dan terus beribadat kepada Allah dan kehidupannya yang baru jauh berbeza dengan kehidupannya yang lama. Dahulu penari gelek tetapi sekarang hamba Allah yang kuat Taqwanya. Sehingga sekarang namanya disebut sebagai lambang wanita yang kuat taqwanya pada Allah. Dan kisah buruknya yang lalu tenggelam ke dasar bumi. 

Suburlah bumi selepas itu dengan kisah hidupnya yang penuh keindahan itu. Saya harap awak dapat meniru rentak Rabiatul Adawiyah. Boleh tak? Biarlah yang lalu terus berlalu dibawa angin lalu. Yang penting awak sekarang ingin kembali kepada cinta hakiki iaitu cinta murni buat Allah yang Maha Esa.........
 
*saya berdoa agar Allah membantu sahabat dalam segala tindak tanduk dan geri ketika menelusuri kehidupan dunia yang beronak duri ini
*yakinlah awak boleh! Boleh!
Wassalam..
 
*** asal artikel ini adalah ulasan kepada kisah hidup seorang sahabat kita yang masih mencari hidayat di atas muka bumi Allah ini... kehidupannya yang lampau(lalu) telah menguji imannya.. maka, tidak mustahil ujian itu akan datang kepada kita atau saudara-saudara kita pada masa akan datang... maka berhati-hatilah dari sekarang dengan mengingati Allah selalu..
 

Rogol Nenek Sendiri!!!

Dicatat oleh Eusof Islam Bin Roslan Khamis, 4 Februari 2010

Sekadar berita yang hendak ku kongsi bersama…

Sapa tak terkejut akan tajuk di atas ni… sebenarnya pernah gak terbaca berita begini… cuma dah agak lama tak dengar dan masih buatku terkejut….

I read this at Harian Metro, 

Orang yang buat perkara BODOH dan TERKUTUK ni baru berumur 16 tahun!!! 16 TAHUN tu… Sy teringat apa yang sy buat masa aku berumur 16 tahun dulu… tak pernah terlintas dalam kepalaku nak buat benda macam ni.. ish ish ish…

Apalah yang budak ni dok fikir agaknya… sex is not the only purpose in our life… dah takda benda nak fikir lagi ker??!! sanggup dia ni nak rogol nenek sendiri yang dah tua (berumur 71 tahun) dan cacat penglihatan tu.. (she never know what coming)… bukan saja neneknya yang dia rogol, adiknya yang berusia 4 tahun pun dia telah rogol sebanyak 2 kali….
Gambar sekadar hiasan.

heii… inilah akibatnya kalau agama tak dijadikan panduan hidup… kanak kanak tak dididik dari kecil akan ilmu agama… bila ada masalah terus hilang arah… aku tak salahkan sesiapa dalam kisah ni, sebab kita tak tahu akan latar belakang keluarganya… mana ibu bapanya dan lain lain… tapi sebab utama adalah pasti… kurang didikan agama… kalau ada iman walau seculit dalam hati, mustahil dia sanggup berbuat begitu…

Fikir-fikirkanla…

Pengikut

Arkib Blog

Selamat Berjuang

Selamat Berjuang